Wednesday, May 26, 2010

Kelah oh Kelah!!!

Salam sejahtera,

Kini aku mula berjinak dengan ikan kelah pulak. Saja nak utilise tangki yang ada, dari terbiar, baik bela ikan. Tapi bukan ikan yang leceh nak jaga macam keli, puyu dan seangkatan dengannya. Bela ikan yang airnya tidak kotor dan berbau, pupilation tak banyak sangat dan ada nilai sama ada nilai estetika atau komersil. 

jadi pilihan aku adalah kelah, kerana ikan ni sporty, senang jaga, makanan dia pun mudah, tukar air hanya 1-2 minggu sekali. Pendek kata low maintenance. Tapi yang lemahnya adalah ikan ni benih dia mahal dan bila besar pun harga agak mahal. Kalau pasaran utk makanan, jika ikan dah mati, RM100/kg atau ikan hidup RM150/kg. Mulanya aku pun tak percaya harga dia mahal cam tu. Tapi seingat aku dulu ada orang mengadu kat paper yang dia kena caj dalam RM300 utk sepinggan ikan kelah. Ya, percaya atau tidak, itulah hakikat. Kalau utk hiasan pulak, di Jalan Subang-Sungai Buloh ada kedai jual ikan ni letak harga RM1500. Yang ni tak pasti utk sekor lebih 1kg ke atau setiap kg. Apapun, aku nak juga cuba bela ikan ni. Nak makan sepinggan ikan Rm300 tak mampu, baik bela sendiri dan rasakan kehebatan ikan ni sendiri. Utk tu kena tunggu lagi 1-2 tahun baru boleh rasa.



Sebelum ini pembelian 50 ekor anak kelah pelbagai saiz dalam 2-3 minggu lepas. Ada 4 ekor yang saiz 3-4 inci mati. lepas tu dah ok, Kini aku tambah lagi 60 ekor saiz 3 inci utk tambah bilangan. baru nampak meriah. kalau dulu ikan suka menyorok, so tak nampak, kini boleh nampak mereka bermain-main di air terjun buatan dan celah batu.

Ini pula sistem modified guna timer 8 kali setiap hari pam besar akan mengalirkan air ke pvc dan membuatkan umpama ada arus air terjun. Gap masa 10 minit setiap kali jalan sebanyak 8 kali sehari bermula pukul 8 pagi hingga 8 mlm. Selain dari pam besar tu ada pam kecil yang sentiasa memberikan arus kecil dengan oksigen.


Di bawah adalah video rakaman kelah sebelum stok 60 ekor dimasukkan. Seronok tengok ikan tu agresif main.

Sekian saja buat masa ini. sambung lain kali.

No comments:

Post a Comment